Assalamualaikum semua.
kita semua masih di bulan syawal yg mulia lagikan, jadi di kesempatan ini Nana & Ewa serta seisi keluarga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua rakan-rakan yang mengenali baik secara dekat mahupun jauh diri kami. seluruh ahli keluarga kami yang berada di Parit, Perak & Umbai, Melaka yang rasanya ada membaca blog yang tak seberapa ini. kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang di kasihi.
di kesempatan ini saya dengan ikhlas memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan perbuatan yang menjengkelkan hati kalian. harap di maafkan..0-0 okay?buat mereka yang tak tersengaja terbaca blog ni, kami jugak nak berterima kasih sbb tersudi nak terbaca. apa yang tertulis di blog ni hanya lah suka-suka dan dairi cerita cyber kami sahaja. maaf jugak lah jika ada yang bertanya itu dan ini, tp tak kami layan. sebab kalau nak tahu, kami jarang update blog sekarang sebab masing-masing sibuk.. InsyaAllah, kami yakin blog ini akan ada cerita menarik tak lama lagi hendaknya..amin..
Sekali lagi dengan rendah diri, saya susun sepuluh jari mohon kemaafan kepada sesiapa yang pernah saya buat silap padanya. oh yer, jika ada tulisan2 saya yang annoying & ngada2 terdahulu sila lah abaikan..sebab saya sendiri jika baca balik dan ingt cerita tu jugak akan malu tak terhingga.dan ada ketika saya cakap pada diri sendiri "What exactly was I thinking???!"
Akhir kata...
❤ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI NANA & EWA SERTA SEISI KELUARGA KAMI ❤
✿ bersama keluarga tercinta di pagi Syawal..
Semoga keluarga kami di berkati kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Amin.. ✿



0 respon:
Post a Comment