Salam semua . harap anda semua di dalam keadaan yg sihat hendaknya.
cik nana masih dlm mood final exam. tp masih sempat rasanya nak apdet blog.
semuanya kerana Nur Amina, Adam & Aidil.

Rasanya bukan saya saje yg rasa debaran sambungan kisah Nur Kasih ini. Rata-rata semua peminat Nur Kasih sudah bersiap sedia nak menatikan penangan kisah cinta terulung mereka ini.
Rasanya sangat tepat bila filem ini di beri gelaran 'Kisah Cinta Terulung'.
Nur Amina, Adam, Aidil, Alia sangat dekat dengan kita. Nur Kasih berlainan dari kisah-kisah lain kerana situasi kisah ini berunsurkan keserdahanaan, kekeluargaan, cinta, dan agama islam. Unsur-unsur yg begini sememangnya ada di tayangkan di kaca tv, tetapi garapan Nur Kasih adalah yang terbaik dan menakjubkan.
Nur Kasih menjadi istimewa di dalam keserdahanaannya.
Kerana itulah Nur Kasih di angkat menjadi naskhah terhebat. Tak keterlaluan jika di katakan filem-filem lain masih belum mampu menghidupkan watak-watak yg membuatkan penonton yakin ada Nur Amina, Adam, Aidil, Alia wujud di kalangan kita.
anda mungkin kata saya peminat Nur Kasih dan sebab itu saya berkata demikian. Ya memang saya peminat Nur Kasih dan saya rasa anda wajib menontonya.
Marilah kita sama-sama menghayati kisah Nur Kasih daripada kita mengagung-agungkan kisah sinetron2 yg melambak2 di tv.
Lihat saja lah trailer Nur Kasih di TV3. kata-katanya saja mampu untuk membuat peminat2 seperti saya berdebar2 menyaksikan kesudahan kisah Nur Amina, Adam, Aidil dan Alia.
Filem Nur Kasih adalah sambungan daripada drama Nur Kasih di TV3. Bakal mengisahkan perjalanan Nur Amina & Adam yang senantiasa di uji. Aidil pula di uji ketabahan apabila kematian isteri tercinta Alia dan menjadi ayah kepada 2 anak kecil. Kisah meraka di gambarkan berlaku selepas 6 tahun..apakah pengorbanan yang perlu di tempuhi oleh Nur Amina, Adam & Adil? sama-sama kita nantikan debaran tayangan Nur Kasih 19 May ini di pawagam.
Saksikan trailer Nur Kasih The Movie :



0 respon:
Post a Comment